TakaN PenYu HiLaNg Di DuNiA, TaKaN KubIar MELAYU MeRanA........BiAr pUtih TuLang JanGan PuTiH MaTaMeLayu KaN gAGah Di NusAnTra....BiAR ApAPUn RinTANgan YanG meLanDAHak MELAYU akaN Ku bEla..HIDUP MELAYU.... BANGKIT MELAYU...

Tuesday, June 9, 2009

SATU MALAYSIA (Rendah Diri)


Hari ini Tok Penyu akan merungkai konsep "1 MALAYSIA" yang telah diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak pada awal tampuk pemerinthan beliau pada bulan April yang lalu.

Konsep "1 Malaysia" adalah merupakan satu ungkapan yang mudah diterima dan difahami ramai,yang mempunyai motonya yang tersendiri iaitu "RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN" sekali gus sambutannya sungguh di luar jangkaan. Ia seumpama satu fenomena, dan laungan ‘Malaysia Boleh’ sudah menjadi satu jenama gah bagi ‘pejuang’ sukan, terutamanya apabila beraksi di pentas antarabangsa. Tanpa mengira tafsiran dan harapan yang terkandung dalam slogan 1Malaysia, apabila dilihat secara objektif tentang maksud yang ingin disampaikan oleh YAB PM, Dato’ Sri Najib, ialah satu seruan…

Seruan untuk rakyat Malaysia seluruhnya, bersama-sama dengannya, menjadikan negara Malaysia ini satu negara yang bersatu padu, tanpa menghiraukan perbezaan etnik, agama, keturunan atau sebagainya. Warga Malaysia seluruhnya dikehendaki dan perlu menanam dalam minda mereka untuk sama-sama memajukan negara Malaysia, dengan satu nada, satu tekad, satu azam, satu iltizam, dan terpentingnya satu aspirasi yang menjangkaui sempadan masa dan latar kaum atau agama.

Ini menjadikan 1Malaysia itu sebagai satu macam wawasan, dan sememangnya Dato’ Sri menggunakan istilah tersebut untuk 1Malaysianya.

Untuk itu, Dato’ Sri melalui laman blognya 1Malaysia, telah menghuraikan lapan (8) nilai (atau prinsip kendiri) yang perlu dihayati dan diterokai. Lapan nilai itu ialah budaya kecemerlangan (seperti dalam amalan bekerja dan sikap), ketabahan (dalam mengharungi cabaran), rendah hati (atau tawadhuk dan tanpa riak), penerimaan (bersyukur ke atas apa yang diperolehi), kesetiaan (patuh dan akur, tetapi bukan secara membuta tuli), meritokrasi (pertimbangan mengikut prinsip kelayakan, tetapi perlu disesuaikan dengan situasi dan kondisi negara), pendidikan (berilmu, tetapi menjaga kepentingan semua), dan integriti (jujur dan benar, serta sanggup mengakui kelemahan diri). Kelapan-lapan nilai atau ciri ini adalah merupakan pengisian pada 1Malaysia.


Dalam kelapan-lapan nilai yang ada dalam '1MALAYSIA' Tok Penyu hanya ingin merungkai konsep 'RENDAH HATI.' dengan lebih jelas. Sebenarnya nilai "Rendah Hati" yang ada dalam "1 MALAYSIA" ini adalah satu sifat yang perlu ada dan dimiliki oleh setiap individu di negara ini amnya. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Apa yang perlu diperjelaskan lagi bahawa bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Kenapa Tok Penyu menegaskan tentang pernyataan tersebut kerana sebilangan besar masyarakat pada hari ini ia cenderung disalah ertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Konsep ini juga perlu adanya kekutan untuk memeperolehi sesuatu kejayaan tetapi ianya bukanlah dengan cara peninidasan.


Konsep "1 MALAYSIA " melalui nilai 'Rendah Diri' dari segi ekonomi dapat di jelaskan melalui jalinan kerjasama antara berbagai etnik di Malaysia dengan menerapkan nilai tersebut di dalam perhubungan meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan Negara Malaysia

Perbezaan tidak menjarakkan atau meminggirkan mana mana kaum dan bangsa di bawah konsep " 1 MALAYSIA". Sebagai contoh yang dapat dilihat menerusi perkembangan ekonomi kaum Cina selama dan India selama ini sebenarnya digerakan oleh kaum yang lain juga terutamanya kaum Melayu. Hal ini kerana kaum Melayu inilah yang merupakan kuasa pembeli yang terbesar dalam suntikan aliran ekonomi negara kerana manakan wujud si penjual jikalau tidak ada sipembelinya.


Dari aspek politik pula nilai 'Rendah Diri' ini begitu penting diterap kepada golongan masyarakat pada hari ini kerana dan terutama sekali kepada golongan pemimipin yag perlu mendengar suara hati rakyat khasnya selari dengan slogan "1 MALAYSIA" iaitu (rakyat didahulukan pencapaian diutamakan). Penekanan ini ini tidak seharusnya ditunding jari kearah pemimpin atasan sahaja seperti Perdana Menteri amnya tetapi juga kepada para peminpin yang ada di negara ini tidak kiralah dari kaum Melayu, Cina mahupun India kerana setiap individu di muka bumi ini adalah khalifah ataupun pemimpin kepada diri mereka sendiri.Sikap rendah diri dalam kalangan pemimpin memang perlu wujud bagi menunjukkan bahawa seseorang pemimpin ini mempunyai sikap ambil berat terhadap kebajikan rakyat ataupun sikap turun padang barulah seseorang pemimpin ini disanjung dan disayangi oleh rakyat ataupun masyarakat tidak kiralah yang terdiri dari pelbagai kaum.

Dari aspek sosial pula nilai 'Rendah Diri' ini kita dapat lihat melalui (PERKARA 152 fasal 1 ) di mana walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tetapi tiada halangan untuk menggunakan bahasa lain malah digalakkan mempelajari bahasa selain dari bahasa melayu. Maka tidak hairanlah jika anak melayu boleh berbahasa lebih dari satu bahasa dan begitu juga sebaliknya.Selain itu juga kita dapat lihat dari segi keagamaan walaupun agama Islam sebagai agama rasmi tetapi penyebaran agama lain di negara ini tidak dihalang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa nilai rendah diri ini begitu penting dalam proses pembangunan sesebuah negara.

Oleh itu, nilai 'Rendah Diri' dalam konsep "1 MALAYSIA" yang telah di asaskan oleh Dato Sri Najib ini sangat penting bagi mewujudkan satu negara yang bersatu padu antara kaum dan juga untuk membangunkan negara kearah negara maju.